Pilihan raya umum India 2014 Narendra_Modi

Modi mengendalikan perhimpunan pertamanya selepas diisytiharkan sebagai calon Perdana Menteri daripada NDA di Rewari , Haryana .Narendra Modi bertanding piliran raya di dua kawasan: Varanasi dan Vadodara . Pencalonan beliau disokong oleh pemimpin-pemimpin rohani Ramdev dan Morari Bapu , dan oleh ahli ekonomi Jagdish Bhagwati dan Arvind Panagariya kerana kagum dengan ekonomi Modi.Pengkritik seperti pemenang Hadiah Nobel ekonomi Amartya Sen tidak suka Modi menjadi Perdana Menteri kerana membuat minoriti berasa tidak selamat.

Modi memenangi kedua-dua kerusi ; mengalahkan Arvind Kejriwal , pemimpin Parti Aam Aadmi, di Varanasi dan Madhusudhan Mistry daripada Kongres Kebangsaan India di Vadodara (dengan margin 5,70,128 undi, kedua tertinggi). Beliau mengetuai NDA BJP - membawa kepada kemenangan muktamad dalam Pilihan Raya Umum di mana Kongres Kebangsaan India yang memerintah mengalami kekalahan paling buruk. Modi dijangka mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Mei 2014.